Madrasah Online Tulab Education
Madrasah Online merupakan sebuah program dalam talian secara separuh masa. Program online ini menyasarkan pasaran masyarakat Islam. Dengan fokus pada perkembangan dan peningkatan nilai-nilai budaya, etika, moral, dan pembentukan watak dari peringkat rendah hingga menengah.
Platform pembelajaran dalam talian telah dilancarkan berdasarkan perubahan landskap dalam industri pembelajaran, apabila semakin ramai pelajar memilih pembelajaran dalam talian kerana kemudahan akses melalui tablet dan PC. Dengan kemajuan teknologi dan peningkatan akses kepada internet berkelajuan tinggi, pembelajaran maya telah berubah kepada kaedah utama yang menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
